Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Iman Seberat Zarah April 8, 2011

Filed under: Kehidupan & Kisahnya — ahmadturmizi @ 16:18

Daripada Abu Said Al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebesaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum Mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka.

 

Mereka mengatakan, ‘Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah masukkan mereka ke dalam neraka’.

 

Allah berfirman, ‘Pergilah dan keluarkanlah sesiapa yang kalian kenal daripada mereka.’ Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Di antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya.

 

Mereka mengeluarkannya lalu berkata: ‘Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami.’ Allah berfirman: ‘Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar.’ Kemudian Allah berfirman lagi: ‘Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar?’ Hingga firman-Nya: ‘Siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah (keimanan)’.”

 

– Riwayat al-Nasa’i & Ibn Majah –

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s