Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Kanak-Kanak, Bising & Surau August 17, 2010

Filed under: Expressi Penglipur Lara — ahmadturmizi @ 00:01

Malam tadi, aku ke masjid untuk bersama dengan jemaah menunaikan solat isya’, tarawih dan witir. Aku terlewat 2 rakaat solat isya’ ketika aku masuk ke dalam masjid. Aku terlihat atau terpaksa lihat beberapa kanak-kanak sedang berborak dan bermain-main, sambil membuat bising di belakang jemaah yang sedang solat.

Aku pasti, 2-3 orang di antara mereka sudah pun berumur lebih dari 10 tahun, iaitu umur dibenarkan untuk dihukum pukul seandainya enggan solat. Malangnya, aku bukan ibu dan bapa mereka. Kalau tidak, sudah pasti akan ku perah seluruh tenaga aku untuk menghukum mereka dengan tangan aku sendiri. Demi Allah, kalau tak ada undang-undang, dah lama aku ‘lepuk’ dan ‘sekeh’ kepala mereka penuh balas dendam dan tanpa kasihan.

Aku tenung mereka dan mata mereka. Mereka mula merasa tersipu-sipu, tetapi tidak bertindak menyertai jemaah solat. Aku tunjuk ke arah jemaah dan pastinya mereka faham apa maksud aku. Mereka mula dengan tersipu-sipu sekali lagi tetapi tidak cukup pantas memasuki barisan yang mereka buat sendiri. Barisan yang kononnya hanya untuk kanak-kanak.

Aku tahu mereka tidak akan solat. Aku tahu melalui pengalaman aku ke masjid yang sama dan bertembung dengan budak yang sama bahawa mereka akan lari sebaik sahaja aku mengangkat takbir. Dan firasat aku benar. Aku sengaja masuk ke barisan yang paling belakang, di mana sudutnya dapat aku lihat mereka walaupun hanya bayang-bayang. Aku angkat takbir dan aku dapat lihat bayang-bayang mereka lari keluar ke ruang legar masjid.

Aku tahu bahawa solat aku tidak khusyu’ dan aku tahu bahawa dengan fikirkan mereka hanya akan mengganggu solat aku. Maka aku membuat keputusan untuk tumpu pada solat yang sedang aku tunaikan. Kedengaran lagi bising dek suara yang sama. Solat aku yang sedia tak khusyu’ bertambah pula tidak khusyuknya.

Selesai sudah solat isya’, aku terus duduk di belakang sudut masjid. Mereka mengendahkan aku. Tatkala mereka membuat bising, aku akan membaling pandangan yang menghiris. Ada beberapa jenis reaksi dari mereka. Antaranya ialah menganggap seolah-olah aku tiada di sana, terdiam bila dipandang, dan yang paling mencabar dan tercabar, mereka cuba melawan tenungan aku.

Sungguh kurang ajar. Ingin sekali aku berjumpa ibu dan bapa mereka.

Sebelum solat tarawih, aku cuba untuk mengarah mereka untuk menyertai jemaah. Aku cuba untuk mengingatkan mereka tujuan mereka di masjid. Tetapi, apabila mereka melihat aku berjalan ke arah mereka, mereka memilih untuk lari ke belakang masjid, ke arah tandas, untuk lari dari aku. Mereka memilih untuk lari lebih dari untuk solat bersama. Mereka lari ke tandas seolah-olah para syaitan yang lari bergelimpangan ke arah tandas selepas azan berkumandang.

Sejak saat itu, mereka seolah-olah memperolok aku. Apabila aku solat bersama, mereka akan masuk kembali ke dalam masjid dan kembali ke aktiviti mereka. Apabila satu solat tarawih hampir tamat, kedengaran bunyi tapak kaki mereka lari ke destinasi yang sama, tandas. Ketika aku solat, kadang-kalanya aku akan mendengar mereka berkata, “Woi! (Solat) dah nak habis dah”, “Wei! Abang tu dah bangun. Jom (lari)”, dan “Woi! Tengok-tengok, dia dah bangun belum”.

Apabila aku bergerak ke arah mereka, mereka lari bagai terjumpa guru besar bermuka garang. Apabila aku membaling tenungan tajam ke arah mereka, banyak masanya mereka cuba melawan tenungan aku, walaupun setiap cubaan mereka hanya di akhir dengan malu tersipu-sipu.

Aku tahu, mereka ada menghantar kanak-kanak di bawah 7 tahun untuk mengintip gerak-geri aku. Pergerakan mereka seolah-olah teratur, tetapi tidak difikir panjang. Semua mengikut ketua mereka yang dianggap ‘cool’ dan berkarisma, walaupun dalam pandangan aku, mereka sama sahaja seperti budak-budak hingusan yang lain.

Sepanjang solat tarawih dan witir aku tidak mententeramkan. Hati aku penuh dengan amarah dan fikiran aku penuh dengan idea dan taktik untuk memberi ‘pengajaran’ kepada mereka. Setelah semuanya selesai, aku malu untuk mereka dan diri aku sendiri. Aku tidak mampu untuk mengajak mereka solat bersama dan solat aku sendiri tidak khusyu’.

“Ya Allah! Tabahkanlah hati lemah hamba-Mu ini…”

 

2 Responses to “Kanak-Kanak, Bising & Surau”

  1. myadlan Says:

    Sabar bro.. Biasa la budak2. tapi kalau macam ni la generasi muda yang tak dididik untuk solat dari kecil.. apa nak jadi bila mereka da besar nanti..

  2. ahmadturmizi Says:

    That’s the point…
    Aku pun dah naik risau, macam mana la keturunan aku nanti…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s