Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Kehidupan & Pilihan August 9, 2010

Filed under: Kehidupan & Kisahnya — ahmadturmizi @ 00:53

Pilihan adalah Kehidupan

Kehidupan adalah pilihan. Setiap tindakan yang kita buat sentiasa di dahulukan dengan pilihan dan seterusnya niat. Pilihan tidak tertakluk hanya membuat sesuatu. Tidak membuat sesuatu juga adalah suatu pilihan. Berdiam diri daripada berkata-kata, tidur daripada terjaga, bersukan daripada tidak membuat apa-apa, semuanya adalah hasil dari keputusan membuat pilihan.

Kita membuat pilihan semenjak kita dilahirkan. Kita dilahirkan dengan pelbagai fungsi pemikiran, dan salah satunya ialah kebolehan untuk membuat pilihan. Kita tidak akan terlepas dari membuat pilihan. Pilihan adalah seluruh kehidupan kita. Pilihan tidak tertakluk kepada kelakuan. Ia juga merangkumi pemikiran dan emosi kita. Persoalannya bukanlah mengenai kebolehan kita untuk membuat pilihan, tetapi sebaik mana kita membuat pilihan.

Semuanya bermula dengan fikiran. Seterusnya emosi akan memperkuatkan keputusan dan tindakan kita. Tindakan kita akan mencerminkan pilihan kita. Tindakan yang baik bermula bari fikiran yang positif. Fikiran negatif hanya akan menerbitkan tindakan yang buruk dan jahat. Justru itu, mengekalkan fikiran yang positif adalah penting di dalam membuat pilihan yang baik.

Tersebut adalah 2 kisah yang terbaik berkenaan satu individu yang sama. Ia mengenai fikiran positif dan membuat pilihan…

)—(

Kisah 1

Azam adalah seorang pemilik dan pengurus sebuah restoran. Dia selalu manis tersenyum. Peribadinya menarik minat orang di sekelilingnya. Dia mempunyai ramai kawan, dan kawannya selalu akan berkata satu perkara sama mengenai dia. “Ahmad selalu positif”, kata mereka.

Apabila sesiapa sahaja bertanyakan khabar Azam, dia selalu memberi jawapan yang sama sambil menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jarinya, “Mantap!”.

Sebelum ini, pernah dia berhenti kerja sebagai pengurus dari sebuah restoran akibat tidak bersefahaman dengan pemilik restoran tersebut. Dengan pengalamannya yang mendalam, dia terus sahaja ditawarkan jawatan yang sama di restoran lain. Yang mengejutkan, hampir semua pelayan di restoran itu turut sama meminta berhenti kerja dan mengikuti Azam. Ini kerana mereka mahu bekerja bersama Azam. Mereka selesa dan gembira apabila bekerjasama dengan Azam.

Kenapa begitu? Ini adalah kerana Azam adalah seorang motivator semulajadi. Jika seseorang itu berhadapan dengan hari yang teruk, Azam akan sentiasa dengan senyuman tenangnya. Dia akan menasihati agar melihat ke bahagian positif bagi setiap kejadian, walau teruk mana sekali pun.

Semua pasti akan hairan, bagaimana Azam boleh kekal berfikiran positif di dalam semua keadaan.

Pada suatu hari, Azam ditanya oleh kawan yang bekerja di bawahnya, “Bagaimana kamu boeh berfikiran positif setiap masa? Bagi saya, mustahil…!”

Azam tersenyum mendengar soalan itu dan menjawab,

“Setiap pagi, apabila saya bangun dari tidur, saya akan selalu memberitahu kepada diri saya perkara yang sama. Hari ini saya ada dua pilihan. Ini pilihan saya.

– Saya boleh pilih untuk meneruskan hari dengan keadaan angin baik atau keadaan angin buruk. Dan saya selalu memilih untuk terus berada di dalam keadaan angin baik;

– Setiap kali perkara buruk berlaku, saya boleh pilih untuk menjadi mangsa atau saya boleh belajar dari situasi itu. Dan saya selalu memilih untuk belajar dari situasi itu; dan

– Setiap kali ada orang mengadu kepada saya, saya boleh pilih untuk mendengar aduannya sahaja atau melihat aduannya dari sudut kehidupan yang positif. Dan saya selalu memilih untuk kehidupan yang positif.”

“Susahnya. Bukannnya mudah untuk membuat begitu”, bantah kawannya.

“Senang!” Jawab Azam dengan pantas beserta wajahnya yang bersemangat. Katanya lagi,

“Kita sentiasa ada pilihan.

– Kita boleh memilih bagaimana untuk bertindakbalas terhadap setiap keadaan;

– Kita boleh memilih bagaimana orang lain mempengaruhi angin kita;

– Kita boleh memilih untuk terus berada di dalam keadaan angin baik atau buruk; dan

– Kita boleh memilih bagaimana untuk meneruskan kehidupan kita.”

)—(

Kisah 2

Beberapa tahun kemudian, di suatu pagi, dia telah dirompak oleh tiga perompak bersenjata ketika dia sedang membuka peti keselamatan restoran miliknya. Dia telah ditembak. Alhamdulillah, dia telah dijumpai dan dengan segara dibawa ke hospital. Selepas 18 jam pembedahan berterusan dan beberapa minggu di Intensive Care Unit, dia dilepaskan dari hospital selepas disahkan stabil, walaupun cebisan peluru itu masih di dalam badannya.

Beberapa bulan selepas itu, kawannya yang sama datang berjumpa Azam. Dia bertanyakan Azam mengenai kejadian itu. Pada asalnya, Azam ingin menunjukkan bekas luka tembakan dan pembedahannya. Kawannya terpaksa menolak kerana takut menyinggung perasaan Azam. Kemudia, dia terus bertanyakan apakah perasaan dan fikirannya ketika kejadian itu.

“Perkara pertama yang saya fikirkan ialah, saya patut mengunci pintu belakang sebelum membuka peti keselamatan itu”, jawabnya sambil tersenyum. Katanya lagi, “Tetapi, selepas saya ditembak dan terbaring di atas lantai, saya terus teringat bahawa saya boleh membuat pilihan. Saya boleh pilih untuk HIDUP atau MATI, dan saya pilih untuk terus hidup.”

“Kumpulan paramedik yang datang sangat baik”, sambungnya lagi. “Mereka sentiasa menenangkan saya. Mereka terus-menerus memberitahu saya bahawa semuanya baik dan saya juga akan baik.”

“Tetapi, sebaik sahaja saya disorongkan ke bilik kecemasan, saya terus merasa takut. Saya lihat muka ekspressi para doktor dan jururawat”, katanya lagi. “SAYA AKAN MATI, itu yang saya dapat lihat tertulis pada muka mereka. Saya tahu ketika itu bahawa saya perlu membuat sesuatu”, sambungnya.

“Apa yang kamu buat?” Tanya kawannya sambil wajahnya menunjukkan minat yang amat.

Sambil tersenyum, Azam terus berkata, “Seorang jururawat menjerit ke muka saya. Dia tanya samada saya ada elergi kepada apa-apa. Ketika itu, saya terus jawab dengan lantang sekali.”

“Ada!” jerit Azam sambil menunjukkan ekspressinya ketika itu kepada kawannya. “Saya ada elergi pada PELURU!”

“Suasana yang huru-hara terus bertukar kepada suasana gelak tawa. Dan ketika mereka ketawa, saya memberitahu mereka bahawa saya memilih untuk hidup, maka saya mohon bedahlah saya seolah-olah saya hidup, dan bukannya mati“, katanya lagi.

Mendengar kisah Azam, kawannya terangguk-angguk tanda faham. Dia tersenyum kerana akhirnya dia faham bahawa Azam masih hidup sehingga kini bukanlah kerana kemahiran doktor hebat yang membedahnya, tetapi peribadi hebatnya yang sentiasa positif. Dia kini faham bahawa kita sentiasa ada pilihan selagi mana kita masih bernafas. Setiap hari kita ada pilihan sama ada untuk menikmati hidup kita atau kita hidup penuh benci.

Satu-satunya benda milik kita, yang tidak boleh diambil dan dikawal oleh orang lain adalah sikap kita sendiri. Jika kita ‘menjaganya’ dengan baik, semua perkara di dalam kehidupan kita akan menjadi lebih mudah. Marilah kita bersikap positif..!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s