Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Iman yang berharga 20 sen… August 7, 2010

Filed under: Kehidupan & Kisahnya — ahmadturmizi @ 16:00

Kisah

Di Tanah Besar (Bukan nama negara sebenar), ada seorang ‘Imam Dalam Latihan’ yang berasal dari Tanah Seberang (juga bukan nama negara sebenar) . Beliau adalah pemuda yang berperibadi baik dan lembut. Beliau juga dibesarkan di dalam keluarga yang penuh dengan adat dan sopan. Beliau dikenali sebagai Imam Ahmad (Bukan nama sebenar). Tujuan beliau ke Tanah Besar adalah untuk menjadi Imam tetap di suatu kawasan di Tanah Besar dan berbakti kepada masyarakat sekeliling.

Secara kebiasaannya, Imam Ahmad akan ke masjid bagi setiap waktu Solat. Setiap kali beliau ke masjid, beliau akan menaik sebuah bas tempatan untuk ke masjid yang selalu diperginya.  Setiap kali beliau menaiki bas itu juga, beliau akan menegur sapa semua yang dikenalinya dan yang mengenalinya sambil bertanya khabar, termasuk Pemandu bas tersebut yang bernama John (Bukan nama sebenar).

Pada suatu hari, Imam Ahmad menaik bas yang sama seperti biasa dan membayar tambang dengan duit kertas Ringgit Malaysia Satu. Dengan kepercayaan dan tanpa ragu-ragu kepada John, beliau mengambil baki tambang tanpa mengiranya terlebih dahulu dan terus ke tempat duduk bas yang kosong. Setelah duduk, beliau terus mengira baki tersebut dan terkejut. Beliau telah menerima lebih dari sepatutnya. Daripada jumpah baki yang sepatutnya, beliau telah menerima lebihan 20 sen.

Sepanjang perjalanan, pergolakan telah berlaku di hati dan fikirannya terhadap persoalan samaada adakah perlu baginya untuk memulangkan lebihan baki tersebut. Apabila hampir tiba ke destinasi, beliau terus tekad dengan keputusannya bahawa syarikat bas ini sudah kaya dan tidak perlulah baginya untuk memulangkan lebihan baki tersebut. “Setakat 20 sen, tosei pun tak lepas. Bos John pun rugi apa, 20 sen saja.”

Apabila tiba di hadapan masjid tersebut, Imam Ahmad menekan loceng agar bas itu berhenti. Beliau pun terus berjalan keluar ke pintu yang sudah terbuka di hadapan. Tetapi, sesuatu yang tidak disangka berlaku. Sejurus sahaja dia berjalan di sisi John, badan beliau berhenti dan berpaling ke arah John. “John, tadi kamu telah memberi saya duit baki lebih 20 sen”, kata beliau sambil menghulurkan 20 sen tersebut.

“Oh! Terima kasih Ahmad”, kata John sambil mengambil lebihan baki tersebut. “Tetapi nilan 20 sen ini sedikit sahaja. Kenapa kamu pulangkan?” tanya John dengan wajah penuh kemusykilan.

“Walaupun nilainya sedikit, ianya masih bukan milik saya. Sebagai seorang Muslim, saya patut berlaku jujur dan memulangkannya”, jawab Imam Ahmad.

Mendengar jawapan Imam Ahmad, John tersenyum dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi baki kamu dengan lebihan 20 sen”. John kelihatan menarik nafas panjang dan berkata lagi, “Maafkan saya, kerana saya sebenarnya ingin menguji kejujuran kamu, wahai Imam Ahmad. Saya sudah beberapa kali berfikir untuk memeluk agama Islam”. John kembali tersenyum dan terus berkata, “Kini saya sudah yakin. Bolehkah Imam Ahmad membantu dan membimbing saya?”

Terkejut Imam Ahmad mendengar penjelasan John. Setelah menghela nafas panjang dan tersenyum, beliau berbincang seketika dengan John berkenaan tempat pertemuan bagi menyempurnakan Shahadah. Mereka bersetuju untuk berjumpa selepas waktu kerja John tamat.

Setelah selesai, Imam Ahmad turun dari bas tersebut. Terus menggigil tubuh badannya dalam kesejukan. Ternyata pucat wajahnya. Terus beliau menadah tangan sambil menangis, dan berdoa, “Astaghfirullahal ‘Azim. Ya Allah, ampunilah dosaku kerana aku hampir sahaja menjual imanku dengan 20 sen”.

Moral

Kita tidak dapat mengetahui semua kesan tindakan kita ke atas orang lain. Sukar untuk kita ketahui bagaimana keputusan kita mempengaruhi pilihan orang lain. Tetapi ingatlah bahawa kadang-kala manusia akan melihat kita sebagai seorang Muslim sebagai jendela untuk melihat dunia Islam. Tindakan kita mencerminkan apakah intipati Islam, dan sepatutnya kita patut begitu.

Marilah kita contohilah Rasulullah S.A.W. yang berperibadi mulia dan sempurna sehingga ramai yang memasuki Islam hanya dengan memerhati baginda. Marilah kita sedar bahawa apabila kita berjalan di muka bumi Allah ini bersama-sama manusia lain, kita bukan sahaja membawa identiti kita, tetapi juga identiti agama kita.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s