Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Google – Tempat Kerja Paling Selesa & Terbaik? August 7, 2010

Filed under: Kehidupan & Kisahnya — ahmadturmizi @ 00:10

Pernahkah anda terdengar kenapa Google diiktiraf sebagai tempat kerja yang paling selesa & terbaik? Yang pastinya, jika solan ini di tanya pada sesiapa yang mengetahui jawapannya akan menjawab, ini adalah kerana Google amat menjaga kebajikan para pekerjanya dengan baik sekali. Tapi bagi mereka yang tidak tahu pasti akan mempertikaikan jawapan ini. Pasti mereka akan mempersoalkan, syarikat mana yang tidak menjaga kebajikan para pekerja mereka? Ini jawapannya:

—–

1. Antara yang utama ialah makanan.

Makanan-makanan istimewa terhidang setiap hari.

Pekerja Google bebas untuk memilih makanan kegemaran mereka bila-bila masa untuk apa-apa kuantiti.

—–

2. Bagi memastikan kualiti kerja yang baik, setiap pekerja mempunyai 2 keping skrin LCD besar untu mereka bekerja.

Malah, mereka juga boleh meminta lebih jika mahu.

—–

3. Permainan Video & Meja Pool ditempatkan di pelbagai kawasan.

Ini adalah peluang bagi para pekerja untuk berhibur & menghilangkan stress.

—–

Jika anda rujuk kepad idea di atas, mungkin anda akan terfikir bahawa perkara-perkara ini biasa dibuat di syarikat-syarikat besar. Tetapi anda perlu faham, Google tidak berhenti pada langkah ini hanya untuk menjaga kebajikan para pekerja mereka. Sebab-sebab seterusnya akan menerangkan kepada anda mengapa Google mendapat pengikhtirafan tersebut.

—–

4. Papan putih di letakkan di mana-mana sahaja.

Google percaya bahawa idea kreatif & inovatif boleh muncul di mana-mana sahaja.

Jadi, pekerja mereka boleh menggunakan papan putih tersebut bila-bila masa sahaja untuk menulis dan berbincang mengenai idea mereka.

—–

5. Perjalanan turun ke bawah dari tingkat atas menyeronokkan.

Ada juga terdapat bentuk lain, seperti tiang turun seperti di Balai Bomba.

—–

6. Kapsul Penghilang Tekanan.

Kapsul ini adalah kedap cahaya dan bunyi.

Ianya berfungsi untuk kegunaan para pekerja yang ingin menghilangkan stress.

—–

7.  Gondola Khas.

Fungsi kemudahan ini adalah bagi para pekerja untuk berkomunikasi penuh privasi.

Ianya samaada secara lisan atau melalui telefon bimbit.

—–

8. Ruang Minum & Menunggu.

Apabila komputer para pekerja rosak, mereka boleh menggunakan ruang ini untuk komputer mereka diperbaiki.

Mereka juga boleh menggunakan kemudahan ini, apabila kerusi mereka juga rosak.

—–

9. Kawasan Khas Mengurut.

Google menyediakan kawasan khas untuk para pekerja yang memerlukan perkhidmatan urut.

Perkhidmatan ini juga dilengkapkan dengan tukang urut yang profesional.

—–

10. Ruang Rehat Khas

Pekerja Google boleh berehat di kawasan ini di atas kerusi urut automatik dan menikmati pemandangan akuarium yang mendamaikan.

—–

11. Ruang Bacaan yang kondusif untuk membaca.

Pelbagai buku disediakan, terutamanya yang berkaitan dengan pengaturcaraan.

—–

Siapa mahu bekerja di sini, angkat tangan…

Bak kata Raja Lawak Nabil, “Lu fikirlah sendiri…!”

 

Leave a comment