Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Teka-Teki Beribu Tahun Umurnya July 25, 2010

Filed under: Kehidupan & Kisahnya — ahmadturmizi @ 21:53

Kisahnya:

Di dalam mitos Greek, dikatakan bahawa pada suatu ketika dahulu, ada seekor raksaksa mitos berbadan singa, berkepala dan berdada manusia perempuan, bereekor ular berbisa dan berkepak burung helang, yang dipanggil Sphinx. Makhluk ini adalah dikatakan sebagai penjaga pintu gerbang bandar Thebes di Greek, di mana ia akan memberi teka-teki kepada setiap manusia yang ingin keluar dan masuk dari bandar tersebut. Sekiranya manusia itu gagal menjawab teka-tekinya, maka matilah manusia itu di baham Sphinx.

Perkara ini berlaku sehingga seorang anak raja, Oedipus berjaya menjawab teka-teki itu. Sphinx berang dan cuba membunuh dia tetapi gagal. Makhluk itu mati di tangan Oedipus. Anak raja ini telah diramal akan membunuh ayahnya sendiri, mengahwini ibunya dan menjadi raja Thebes.

Di sinilah lahirnya terma psikologi ‘Oedipus Complex‘ yang merujuk kepada fenomena psikologi normal yang terjadi pada kanak-kanak yang berumur di antara 3 hingga 5 tahun yang mempunyai keinginan untuk memiliki penjaganya yang berlawanan jantina sebagai pasangan.

Teka-Tekinya:

Apakah makhluk yang berjalan dengan 4 kaki pada waktu pagi, 2 kaki pada waktu tengahari dan 3 kaki pada waktu senja?

Jawapannya:

Jawapannya ialah manusia. Waktu pagi, tengahari dan senja digunakan sebagai metafora kepada usia, di mana waktu pagi bagi waktu  manusia di peringkat bayi merangkak, waktu tengahari bagi waktu manusia sudah berkebolehan untuk berjalan dengan dua kaki dan waktu senja untuk waktu lanjut usia, di mana manusia perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s