Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Pakej: Isra’ & Mikraj July 10, 2010

Filed under: Detik Istimewa — ahmadturmizi @ 00:00

Peserta:

Malaikat Jibrail & Nabi Muhammad S.A.W.


Masa & Tarikh:

Satu malam, pada hari ke-27 bulan Rejab, Tahun ke-11 Kenabian Muhammad S.A.W.


Kenderaan:

Buraq = Makhluk Allah yang berasal dari syurga-Nya. Ianya berwarna putih. Saiznya lebih kecil dari baghal dan lebih besar dari keldai. Pergerakkannya adalah sepantas kilas, di mana selangkahnya adalah sejauh mata memandang. Di situlah ia mendapat namanya, iaitu dari perkataan kilat (al-Barq).


Destinasi:

1- Isra’ = Perjalanan malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

2- Mikraj = Perjalanan naik ke langit pertama sehingga ke langit ketujuh dan seterusnya ke Sidratul Muntaha.


Tujuan & HikmahPerjalanan:

– Persediaan untuk menjalankan tugas da’wah yang lebih mencabar di Madinah.

– Menghapus kesedihan Nabi Muhammad S.A.W. pada ‘Tahun Kedukaan’, di mana berlakunya kematian Abu Talib, bapa Saudara Baginda dan Siti Khadijah, Isteri Baginda.

– Keimanan kepada perkara Samiyyat, iaitu beriman kepada perkara-perkara ghaib.

– Ujian kepada orang-orang yang beriman.

– Bukti kenabian dan Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.


Kelebihan & Perhentian dalam Destinasi:

1- Pembersihan dada Nabi Muhammad S.A.W. dengan air Zamzam untuk menyucikan zahir dan batin Baginda.


2- Pertemuan dengan Para Rasul:

* Langit Pertama – Nabi Adam A.S.

* Langit Kedua – Nabi Yahya A.S. & Nabi Isa A.S.

* Langit Ketiga – Nabi Yusuf A.S.

* Langit Keempat – Nabi Idris A.S.

* Langit Kelima – Nabi Harun A.S.

* Langit Keenam – Nabi Musa A.S.

* Langit Ketujuh – Nabi Ibrahim A.S.


3- Gambaran Syurga. Antaranya ialah:

* Harum bau perkuburan Masyitah dan anak-anaknya yang telah mati syahid kerana tabah dan cekal mempertahankan keimanan mereka kepada Allah. Mereka dicampakkan oleh Firaun ke dalam kawah tembaga yang penuh dengan air mendidih.

* Kelihatan petani yang bercucuk tanam dan memungut hasil dengan cepat tanpa henti. Mereka adalah hamba Allah yang berjihad di jalan-Nya dan suka bersedekah. Islam menggalakkan penganutnya mencari rezeki yang halal dan membuat kebajikan kepada orang yang lain. Allah akan mengurniakan ganjaran pahala yanag berlipat ganda kepada mereka yang tergolong di dalam golongan ini.


4- Gambaran Neraka. Antaranya ialah:

* Gambaran mereka yang tidak menunaikan zakat

– Kelihatan sekumpulan manusia yang hanya tertutup budur dan qubulnya dengan kain perca yang koyak sedang meragut-ragut umpama kambing, unta dan lembu. Mereka memakan duri-duri tajam, benda-benda yang telah busuk dan menelan batu serta bara api.

* Gambaran suami dan isteri yang melakukan zina

– Kelihatan sekumpulan manusia yang sedang makan daging mentah yang kotor dan busuk, menghiraukan daging yang telah siap dimasak sedap di dalam sebuah kuali.

* Gambaran perempuan yang melakukan zina

– Kelihatan juga sekumpulan perempuan yang dibiarkan tergantung pada payudaranya dan mereka sedang meraung dan menjerit sekuatnya memohon pertolongan Allah.

* Gambaran mereka yang tidak melaksanakan amanah

– Kelihatan sekumpulan manusia sedang membawa beban yang berat yang tidak lagi terdaya diangkat oleh mereka, tetapi mereka masih terus menambah beban mereka.

* Gambaran mereka yang memakan harta anak yatim

– Kelihatan juga sekumpulan manusia berbibir tebal bagai bibir unta. Mereka mengangakan mulut mereka  sambil dimasukkan ke dalam mulut mereka api membara dan keluar terus melalui dubur mereka. Mereka menjerit menyebut nama Allah.

* Gambaran mereka yang memakan riba

– Kelihatan sekumpulan manusia yang perutnya terlalu besar.Mereka cuba untuk bangun, tetapi gagal dan rebah kembali. Terdapat juga mereka yang perutnya sebesar rumah dan penuh dengan ular-ular yang boleh dilihat dari luar.

* Gambaran mereka yang suka mengumpat dan mempersendakan orang lain

– Kelihatan sekumpulan manusia memotong daging dari rusuk mereka sendiri dan memakan daging tersebut sambil berkata “Makanlah sebagaimana engkau memakan daging sendiri”.

* Gambaran mereka yang suka mengumpat dan mencaci orag lain

– Kelihatan sekumpulan manusia yang berkuku tembaga mencakar muka dan badan mereka sendiri berulang kali.

Kos Pakej:

– Percuma.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s