Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Langgar, Lari & . . . May 26, 2010

Filed under: Pengalaman Kali Pertama — ahmadturmizi @ 18:49

Bangi, Selangor – Sebuah kereta Produa Myvi, no. plat BKS6326 telah dilanggar lari oleh sebuah kereta Proton Wira yang dipandu oleh seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Melayu. Kemalangan ini berlaku di Tol Masuk Bangi, Lebuhraya Persekutuan. Tiada kecedaraan atau korban nyawa dilaporkan. Kerosakan dilaporkan hanya sedikit sahaja, dan tidak berbaloi untuk menuntut gantirugi, jelas mangsa.

Pemandu kereta Produa Myvi, Encik Ahmad menjelaskan bahwa sejurus sahaja dia dilanggar ketika dia menunggu giliran untuk membayar yuran tolnya, tiba-tiba dia merasakan keretanya dilanggar sesuatu. Beliau terus menoleh dan mendapati kereta tersebut sedang cuba untuk mengundur semula. Beliau tidak bertindak melulu dan terus menenangkan diri.

Selepas membayar yuran tol itu, Encik Ahmad terus memberhentikan keretanya ke tepi dengan sangkaan bahawa Pemandu kereta Proton Wira, atau ‘B’ itu akan berhenti sama. Sejurus sahaja beliau berhenti, beliau terus keluar dari kereta dan memeriksa belakang keretanya. Melihat kerosakan yang tidak seberapa, beliau bersedia untuk memaafkan Pemandu itu.

Tanpa diduga, ketika beliau sedang memeriksa, B terus lalu pergi tanpa disedari beliau. Beliau telah meluahkan rasa kecewa dan hampa terhadap B dab tindakannya. Beliau mengambil keputusan untuk cuba melupakan kejadian itu dan tidak melaporkan kejadian itu kepada polis. Satu lagi alasannya ialah kerana beliau telah terlalu bersangka baik kepada semua pemandu di Malaysia dan mengambil endah tak endah berkenaan penting baginya untuk mencatat nombor plat kereta milik B.

Encik Ahmad berkata lagi, beliau akui bahawa beliau adalah pemandu yang memandu keretanya dengan laju, dan akui bahawa tindakannya salah. Tetapi beliau benci dengan pemandu yang melakukan perkara di bawah:

  • Mengikut kereta depan dengan rapat, atau ‘tailgate’;
  • Tidak memberi ‘signal’ kenderaan ketika hendak belok atau tukar barisan; dan
  • Memotong barisan dengan cara yang salah.

Beliau berpesan lagi, “Ingatlah mereka yang tersayang”.

Astaghfirullah…

—————————-

CATATAN

Orang yang melanggar, Mr X.

Orang yang dilanggar, Mangsa

—————————-

Apa yang anda buat jika kereta anda dilanggar, dan anda yakin bahawa kemalangan itu bukan salah anda?

1. Bincang dengan Mr. X, bagaimana hendak selesaikan masalah ini. Ini adalah antara pilihan tersebut:

Selesai Luar:

> Mr. X membayar gantirugi bagi kerosakan yang disebabkan olehnya.

> Cara bayaran adalah berdasarkan kemudahan bagi kedua-dua pihak.

> Sabar & toleransi adalah kunci yang penting.

> Bincang bagaimana untuk membuat pembayaran, & di manakah kerja baik pulih kereta hendah dijalankan.

Guna Insuran:

> Menggunakan insuran kereta Mr. X untuk membayar kerosakan tersebut.

> Laporan polis hendaklah dibuat dalam masa 24 jam dari masa kemalangan tersebut, kerana ini adalah syarat untuk menggunakan cara ini.

> Minta & catat maklumat insuran & agen insuran untuk rujukan.

> Simpan semua dokumen untuk rujukan dan kepastian.

2. Catat maklumat sesama sendiri, khususnya maklumat identiti, termasuk nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan, & nombor telefon yang boleh digunakan untuk berhubung (guna kaedah ‘missed call’ untuk kepastian).

3. Ambil gambar kerosakan bagi kenderaan-kenderaan yang terlibat (jangan ambil gambar kereta anda sahaja) & gambar pemandu,

4. Senyum & maafkan Mr. X. Jika perlu, tegur kesilapannya dengan cara berhikmah.

INGAT: Kita bukan hendak membuat musuh, jadi belajar untuk memaafkan dan selesaikan dengan cara baik.

 

One Response to “Langgar, Lari & . . .”

  1. mayyaclassic Says:

    gud info.tapi macam saya tengah baca blog sendiri sebab wallpaper sama dengan my blog. huhuhu.
    http;//mayyaclassic.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s