Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Tiada ruangkah untuk bersangka baik di dunia ini? November 22, 2009

Filed under: Expressi Penglipur Lara — ahmadturmizi @ 20:28

Kisah ini adalah berdasarkan kisah benar yang telah berlaku Vista Angkasa, Bukit Kerinchi. Kisah ini juga mungkin pernah berlaku di mana-mana dan anda mungkin antara mangsanya. Kisah ini berkenaan seorang lelaki yang ingin berbuat baik dan ingin terus berbaik sangka ke arah dunia dan isinya, tetapi telah dikhianati.

Ahmad sedang berbual dengan kekasihnya di tepi bangunan apartmen. Mereka baru sahaja menikmati minum petang yang tenang di bangunan yang sama. Tiba muncul seorang gadis, di dalam lingkungan umur di antara 16-20, seolah-olah sedang mencari sesuatu atau seseorang, lalu di hadapan mereka.

Ahmad sedar akan kelakuan gadis itu dan terus memerhati. Sekilas sahaja pandangan mereka bertentangan, dia terus bertanya, “Abang, tunpang tanya. Ada nampak tak budak perempuan yang lalu di sini. Dia pakai baju putih.”

Ahmad dan kekasihnya saling berpandangan. Kekasihnya menggelengkan kepala menunjukkan penafian. Ahmad terus memberitahu bahawa dia tidak nampak kelibat budak perempuan yang dijelaskan olehnya. Gadis itu menunjukkan muka kecewa dan justru terus berkata, “Err. Abang, menganggu ke? Nak minta tolong boleh?”.

Ahmad terus berpaling sepenuhnya ke arah gadis tersebut. Begitu juga kekasihnya. Ahmad menunjukkan muka ingin membantu dan memsang telinga untuk mendengar pemintaan gadis tersebut.

Gadis itu mulakan permintaannya dengan kisah malangnya. Katanya, dia sepatutnya tinggal di kawasan flat di seberang jalan yang bertentangan dengan dengan apartmen Vista Angkasa. Dia tinggal bersama neneknya. Tetapi, pada hari ini, tanpa pengetahuannya, semua orang di rumah itu keluar dari rumah selama 2 hari dan jirannya yang memegang kunci rumah telah ke mana hilangnya.

Selepas tamat penjelasannya, akhirnya meminta bantuan kewangan sebanyak RM10-00 untuk pulang ke rumah keluaganya di Bangsar yang tidak jauh dari sini. Ahmad, tanpa rasa curiga sedikit pun mengeluar sejumlah wang tersebut dan serahkan kepada gadis tesebut. Dia ingin menjadi seperti burung pipit cuba memadam api yang bakal membakar Nabi Ibrahim dengan beberapa titik air. “Yang penting niat”, bisiknya di hati.

Sedang dia menunggu lif untuk ke tingkat rumahnya, dia terdengar perbualan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, tetapi tidak dapat dipastikan di mana kedudukannya. Suara perempuan itu cukup dikenalinya. Kerana ingin tahu, dia pasang telinganya untuk mendengar.

Terkejut dirinya. Dia mendengar dialog yang cukup sama dikatakan kepadanya oleh gadis tadi. Dia rasa kecewa yang amat. Dia ingin bebuat baik dan terus bersangka baik, tetapi terus dikhianati dunia yang dipercayainya hanya selepas beberapa minit. Dia tertipu…!

Dia hubungi kekasihnya untuk memaklumkan perkara tersebut. Dia luahkan rasa kecewanya. Kekasihnya ada berkata bahawa situasi tadi sedikit mencurigakan dan menasihatnya agar berhati-hati pada waktu akan datang.

Ahmad terfikir. Apa yang berlaku kepada dunia ini sehingga gadis yang kelihatan belasan tahun mungkin telah terlibat dalam penipuan ini. Tiada ruangkah untuk bersangka baik dan membuat kebaikan lagi di dunia ini? Jika perkara ini berlaku sehingga manusia anggapnya biasa, akan pupuslah konsep bersangka baik. Tetapi dia yakin, dia tidak salah.

Sehingga kini, dia cuba terus tekadkan hatinya untuk terus menjadi dirinya, terus bersangka baik dan membuat kebaikan, tetapi dengan lebih berhati-hati.

 

One Response to “Tiada ruangkah untuk bersangka baik di dunia ini?”

  1. orangs Says:

    mizi, kau insan berhati mulai walaupun muka mu bengis!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s