Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Salahkah Ibu Mengandung August 26, 2009

Filed under: Expressi Penglipur Lara — ahmadturmizi @ 22:53

Aku berjalan di Kompleks PKNS untuk membeli-belah barang-barang harian. Tiba-tiba kedengaran kekecohan di hadapan pintu masuk bangunan yang berhmpiran di situ. Kelihatan ramai orang berkerumun memerhati kejadian yang belum lagi di dalam pandangan aku. Aku pun mula mencelah untuk memuaskan nafsu inkuiri aku.

Setiba sahaja aku di punca kekecohan, aku lihat scenario di mana seorang makcik tua yang sedang memangku begnya dihalau keluar oleh seorang perempuan yang berumur pertengahan berpakaian agak mewah dari sebuah kereta yang juga agak mewah. Terlihat aku juga seorang lelaki yang sedang duduk bersahaja di tempat memandu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mungkin mereka pasangan suami isteri fikirku. Aku hairan dan mula memasang telinga demi mendapat intipati drama ini.

“Ina [bukan nama sebenar], janganlah begini. Mak pergi ke surau sekejap sahaja untuk solat Asar.”, kata perempuan tua tersebut.

Dari apa yang dikatakan olehnya, dapat diagak bahawa perempuan ini adalah seorang ibu kepada salah dari pasangan tersebut. Tetapi kenapa perginya dia untuk solat menjadi isu sehingga dia dihalau keluar oleh anaknya atau anak mentuanya. Aku terus mendengar.

“Tak boleh!”, tengking perempuan tersebut. “Mak pilih! Mak nak keluar atau ikut. Kalau Mak pergi juga ke surau, kami tinggalkan Mak di sini.”, ugutnya lagi.

Aku terkejut. Begitu juga mereka yang baru sahaja pelajari keadaan sebenar seperti aku. Kedengaran bisikan mencemuh perbuatan perempuan itu. Aku lebih terkilan kerana tiada siapa pun yang berani tampil kehadapan untuk membantu membetulkan keadaan. Aku lebih terkilan dan kecewa pada diri sendiri apabila aku sendiri ketahui apa yang patut dibuat, tetapi memilih untuk melihat dengan benci.

Perempuan itu terus merayu. Aku tidak sanggup lagi melihat perkara ini yang biasanya dilihat di kaca televisyen, seolah-olah aku boleh mengagak apa yang akan berlaku seterusnya. Aku pun beransur pergi. Terlihat olehku segelintir mereka yang merakam kejadian tadi. Aku tidak membenci mereka. Jauh di sudut hati ini berharap rakaman itu disebarkan dan menjadi teladan kepada mereka yang menonton.

Aku sedih kerana drama ini membuktikan manusia semakin alpha bila semakin berharta. Ibu dianggap hanya penumpang di kereta. Kalau tak suka, ditinggalkan di mana-mana. Memang anak derhaka, di mana neraka haknya…!

Cerita ini di adaptasi oleh pengalaman sebenar adik aku.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s