Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Cermin Mata Gelap April 27, 2009

Filed under: Kehidupan & Kisahnya — ahmadturmizi @ 16:54

Pada suatu hari, seorang anak lelaki yang bernama Atan sedang berjalan-jalan bersama dengan bapanya di sebuah kompleks membeli-belah yang besar dan sesak dengan pelawat-pelawat yang datang dari pelbagai tempat. Ketika itu, Atan tengah asyik melihat wajah bapanya yang tampak kacak dan segak dengan cermin mata hitamnya.

Dia tertanya-tanya dari dalam sudut hatinya berkenaan signifikasi dan kegunaan cermin mata hitam tersebut. Dia hairan dengan kelakuan bukan sahaja bapa, tetapi juga orang-orang yang ada di dalam kompleks itu, yang memakai cermin mata hitam di tempat yang agak cerah untuk melihat. Jadi dia pun bertanyakan bapanya.

“Ayah, kenapa ayah pakai cermin mata gelap?” Tanya Atan.

Saje je…” Jawab bapanya dengan selamber dengan sikap acuh tak acuh sambil melihat disekelilinganya.

“Boleh nampak ke?” Tanya Atan lagi, walaupun dia tahu bapanya boleh melihat kerana dia perasan bahawa bapanya akan sentiasa tertumpu ke arah gadis-gadis muda dan comel yang lalu di hadapannya. “Gatal habis ayah aku. Nasib baik Ibu takde kat sini. Mungkin dia nak sembunyikan anak matanya kot…” Katanya di dalam hati.

“Nampak je…” Jawab bapanya lagi dengan penuh selamber.

Owh.. Iye ke? Boleh tak Atan cuba?” Mohon Atan sambil hatinya penuh dengan semangat inkuiri. Atan tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan bapanya.

Mendengar permintaan anaknya, dia menghembus nafas yang panjang, seolah-olah dia sudah mula terganggu dengan pertanyaan anaknya di kala dia sedang ‘berhibur’ dengan pemandangan yang ‘indah’. Dia mahu melupuskan terus semangat inkuiri anaknya. Dia kena bertindak dengan langkah selamat kerana dia tahu anaknya suka melaporkan aktivitinya dan dia tidak mahu ‘aktivitinya terbongkar’.

“Boleh… Tapi sekejap saje taw…” Jawabnya dengan senyuman yang tampak tidak original sambil menghulurkan cermin mata gelap tersebut. Atan sedar akan sifat sebenar senyumannya tetapi terus lupakannya kerana kegembiraan di atas permintaannya yang termakbul.

Atan dengan segera memakai cermin mata tersebut. Tiba-tiba dia kelihatan terkejut dan terdiam. Bapanya menyedari perubahan pada anaknya. Dia mula risau pada sesuatu yang dia tidak tahu.

“Kenapa Atan?” Tanya bapanya. Mendengar soalan Atan, dia tersenyum.

“Atan baru tahu kenapa ayah suka pakai cermin mata gelap…” Jawabnya sambil tersenyum.

“Huh…!” Respon bapanya secara sepontan tanpa diketahuinya apa yang berlaku sebenarnya.

“Ayah pakai cermin mata gelap sebab ayah nak tengok semua hitam macam ayah…” Tambah lagi Atan dengan wajahnya berseri tanpa sekelumit rasa bersalah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s