Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Mangsa Mesin Membaca Minda April 3, 2009

Filed under: Kehidupan & Kisahnya — ahmadturmizi @ 13:51

Seorang pelatih dalam kamar telah dihantar untuk meneruskan praktikal untuk menjadi peguam ke sebuah pusat bantuan guaman. Pusat tersebut adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk membayar yuran peguam.

Pelatih tersebut bernama Whai Scee [bukan nama sebenar] atau dipanggil YC [bukan nama panggilan sebenar] sahaja oleh kenalannya. Dia telah ditugaskan untuk menemuramah setiap individu yang ingin mendapatkan perkhidmatan pusat ini, menentukan samaada individu tersebut layak atau tidak, dan jika layak, untuk dia mengambil maklumat yang relevan.

Pada satu hari yang agak indah, datang seorang asing, jika dikira dengan sekalis pandang, datang datang dari mana-mana kawasan di benua afrika. Berpakaian agak segak dan berkaca mata. Disebabkan orang asing ini tidak faham akan bahasa melayu, maka berbuallah mereka di dalam bahasa inggeris.

Setelah bertanya khabar dan menentukan bahawa orang asing ini layak untuk menerima perkhidmatan tersebut, maka mulalah YC mengorek maklumat yang penting. Dia mengetahui bahawa namanya ialah John dan dia berasal dari Afrika Selatan.

YC : “Ok… What is the purpose of your visit to Malaysia”
John : “Hurm… You see, I came here for both business and education purposes. I am a partner at a western restaurant at KLCC and I am currently further my study at IIUM in PhD.”

Mendengar penjelasan dari John, YC mula menulis di dalam notanya mengenai maklumat yang dikiranya relevan dengan masalah John. Dia mula membuat andaian bahawa John berhadapan dengan masalah berkaitan samaada dengan perniagaannya atau pelajarannya. Di dalam mindanya mula cuba untuk mengingati asas undang-undang bagi kedua-dua bidang.

YC : “How is your study? Since when did you involve in the business?”
John : “Hurm… As my memory serves me, I involved in the business since last 10 years, but this is my first visit since I become the partner. I just started my study this year and its going well.”

YC kelihatan terkerut dahinya, tapi teruskan senyum kerana dia khuatir John tahu akan kesilapan dalamannya. Andaiannya salah sama sekali. Berdasarkan jawapan yang diberikan John, masalahnya bukanlah pada kedua-dua bidang tersebut. Dia sedikit kesal dengan tindakannya yang menyusahkan dia. Dia kembali mengorek maklumat, tetapi kali ini dengan cara tersurat tanpa tersirat.

YC : “Hurm… Ok… How can we help you Mr. John?”
John : “Hurm… Actually, its hard for me to say this. I’m afraid that you might not believe in what I am going to say.”
YC : “It’s ok… We treat every and each information given by our client is confidential”
John : “Ok… I am a victim of a mind reading machine.”

Mendengar jawapan dari John, YC sedikit terkejut, tetapi dengan segera mengekalkan wajah tenangnya. Dia terus berhenti menulis dan teruskan bertanya.

YC : “Why do say that?”
John : “Because I felt that every around me knows what is inside my mind. Their face shows that as if they are trying to read my mind.”
YC : “How do you know that?”
John : “I just know. I think the government has chosen me as its target of their mind reading machine.”

YC terdiam. Dia rasa sedikit marah kerana terasa dirinya seperti tertipu. Dia mula mengetuk mejanya dengan pen yang dipegangnya. Dia kembali bertanya.

YC : “Ok… So, how can we do for you?”
John : “I want you to investigate this matter and I want you to sue them, the government on my behalf for making me the victim of their mind reading machine without my consent…!”

Mata YC terbeliak, dia bertambah terkejut dengan jawapan yang diberi oleh John. Dia tidak percaya bahawa dia sedang bercakap dengan seorang yang agak tidak siuman dan mempunyai asas undang-undang. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberhentikan temuramah ini. YC meminta izin untuk keluar dari bilik temuramah untuk meminta pendapat rakannya. John hanya mengangguk sambil senyum.

Dia pergi kepada rakan karibnya, Peter Wong dan menerangkan kepadanya, dan mengharap dia dapat membantunya keluar dari situasi itu. Tetapi respon yang didapatinya agak mengecewakan. Peter gelakkan dia.

Dia jumpa denga kawannya, Patricia dan memberitahu hal yang saya. Patricia pun gelakkan dia.

Dia pergi memaklumkan hal ini kepada pegawai bertugas, Mr. Ming Heng. Dia pun gelakkan dia.

Akhir sekali, dia pegi berjumpa dan memaklumkan kepada preseiden pusat ini Dia berharap dia akan mendapat respon yang memberangsangkan Sekurang-kurangnya, dia hantarlah salah seorang dari pegawainya untuk menyelesaikan masalah yang tergantung ini. Tetapi respon yang sama didapatinya. Dia pun gelakkannya.

YC : “Tidak…!!!”

 

6 Responses to “Mangsa Mesin Membaca Minda”

  1. orangs Says:

    if sombody goes to legal aid centre, he must be the defendant of the action, not the plaintiff.

  2. rentaka Says:

    teringat kisah margarita dengan kisah kenabiannya..haha(najib faham)

  3. xamadx Says:

    i didnt get the drift.

  4. ahmadturmizi Says:

    Tak perlu faham.. Ia hanya sebuah cerita.. Kefahaman adalah pada setiap interpretasi masing-masing..

  5. jamal Says:

    tak faham pon, buat-buat faham ajerlah..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s