Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Wujudnya Kenderaan Luar Biasa April 2, 2009

Filed under: Cadangan Luar Biasa — ahmadturmizi @ 14:24

Kenderaan yang berbeza dengan norma manusia, tetapi dengan penuh bergaya. Rekaan yang dianggap agak esentrik dan luar biasa, tetapi keseluruhannya membuatkan kenderaan-kenderaan ini tampak bergaya. Inilah yang dapat aku gambarkan bila aku terlihat satu ruang kenderaan dengan rekaan luar biasa di muka surat 20 majalah ‘TopGear Malaysia‘ edisi April 2009.

Helikopter rekaan berdasarkan imaginasi, “A production-viable-single-seater helicopter”, itu yang diibaratkan oleh Igarashi, pereka kenderaan ini. Kalau dilihatkan, pasti setiap yang memandang gambar kenderaan ini akan terfikir “kalaulah aku boleh naik helikopter ini”.

obj13_frontright

obj13_proflow

obj13_frontright

Kali pertama aku melihat, aku pun bertanggapan yang sama. Aku fikir kalau akau ada sebuah kendaraan seperti ini, tiada halangan yang boleh menghalang aku untuk aku pergi ke mana-mana. Aku tidak perlu merungut mengenai kesesakan jalan raya dan kurang ajar pemandu-pemandu yang sedia kurangnya ajaran.

Aku cuma akan berhadapan dengan satu masalah. Di mana aku hendak letak kenderaan ini kalau aku sudah pun memilikinya. Aku kira kenderaaan macam ini sahaja akan makan dua ruang letak kereta yang biasa. Puncanya bukanlah pada lebarnya kenderaan ini, tapi panjangnya bilah kipasnya.

Kenderaan ini direka oleh Yutaka Igarashi yang berasal dari Jepun. Beliau kini bekerja di sebuah kilang kayu balak dan kini mengalami separa buta warna. Beliau juga ada menghasilkan grafik visual yang luar biasa dan rekaan kendaraan-kenderaan yang lain seperti ‘remote-controlled snowmobile’ dan ‘electric superbike’.

Maklumat lanjut di www.id-performance.com.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s