Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Aku Terluka oleh Hati Busuk March 16, 2009

Filed under: Kehidupan & Kisahnya — ahmadturmizi @ 13:12

Aku miskin. Itu sahaja yang aku boleh cakap tentang diri aku. Ayah aku hanya seorang penyapu sampah yang bergaji kurang dari RM500-00 sebulan. Ibu seorang surirumah sepenuh masa. Dia hanya mampu menjual kuih-muih dan nasi lemak di waktu pagi dan menjual nasi ayam di malam hari untuk membantu Ayah aku. Ayah aku juga akan membatu Ibu aku sebaik sahaja selesai tugasnya di siang hari.

Mereka tidak ada rehat. Bukan senang untuk menampung aku bersama 9 adik-beradik aku yang lain dengan gaji kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aku anak ke sembilan dari sepuluh adik-beradik dan aku kini berada di darjah 5 di sebuah sekolah yang tidak terkenal namanya.

Aku ada seorang adik perempuan yang berumur 10 tahun, darjah 4 di sekolah yang sama dengan aku. Aku ada 2 pasang abang kembar dan 2 pasang kakak kembar. Kelapan-lapan mereka kini berada di sekolah menengah yang juga tidak terkenal namanya. Bersama-sama kami di pondok usang kami, ada Datuk dan Nenek kami yang sudah pun uzur dan sakit tua.

Aku sedih kerana aku miskin. Tapi dari kesedihan itu, akan aku tukarkannya kepada kekuatan yang akan aku gunakan untuk merubah masa sekarang keluarga aku yang miskin kepada masa depan keluarga aku yang cerah dan menjanjikan.

Ketika aku sedar terbakar dengan semangat aku yang terkobar gamaknya di dapur rumah keluargaku, aku terlihat sehelai keratan akhbar yang sebelum ini digunakan sebagai pembalut nasi lemak yang baru sahaja aku baham.”Pertandingan Karangan Moden Peringkat Nasional.” aku terbaca dengan sedikit kuat walaupun aku berniat hanya untuk membaca di dalam hati. “Hadiah RM50,000…!” kali ini aku betul-betul terjerit. Aku terus membaca dengan tekun keratan akhbar tersebut.

“Ini peluang aku…! Ini sudah tentu petunjuk dari-Nya…! Aku boleh menang…tidak..! Aku mesti menang…!” fikir aku sambil membantu mengayak tepung yang akan digunakan untuk membuat kuih dan dijual. Ibu aku tercengang batu melihat reaksi aku yang tiba-tiba bersemangat tak bertempat. Aku kelihatan tengah menganyak tepung tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Tarikh tutup pertandingan tersebut hanya tinggal sebulan. Aku mula memikirkan dan merangkakan satu karangan yang aku harap boleh menang. Setiap kali rehat, aku akan ke perpustakaan untuk membuat rujukan. Setiap kali ada masa lapang, aku akan cuba asahkan kehebatan rangka karangan yang aku cipta. Setiap kali sebelum tidur, aku akan membaca berulang kali rangka karangan milik aku.

Aku berasa bernasib baik kerana bahasa Malaysia adalah subjek kegemaranku, tapi aku mengakui, semenjak aku cuba usaha ke atas rangka karangan aku untuk pertandingan, lebih banyak perkataan baru yang aku pelajari. Ada yang lebih moden dan bombastik. Ada juga yang klasik dan sentimental. Aku juga banyak pelajari cara penggunaan bahasa untuk meluahkan perasaan dan menyampaikan mesej dengan lebih tepat.

Setelah sebulan sebelum tarikh aku, aku dengan penuh debar, tapi lebih yakin melangkah ke arah peti pos tepi jalan berdekatan rumah aku. Aku betul-betul mahu menang. Ini adalah langkah pertama aku untuk mengubah masa depan keluarga aku.

Selepas hampir sebulan, aku menerima sekeping surat formal dari Syarikat yang mnegnjurkan pertandingan tersebut. Aku terasa sangat gemuruh. Terfikir juga akan kejadian yang tidak disangka seperti menang hanya saguhati atau tidak menang langsung, aku cuba tangkis semua sangkaan tersebut. Aku telah pun melayari laman web bagi pertandingan tersebut dan aku yakin bahawa aku akan menang setelah membuat perbandingan dengan karangan-karangan yang lain, disertakan dengan komentar yang memberansangkan dari pembaca yang lain.

Aku buka surat tersebut. Pada mulanya aku buka dengan perlahan dan cermat, tetapi disebabkan gemuruh yang amat, aku terus koyakkan sampul tersebut. Aku terus cari tajuk tersebut untuk mendapatkan tip bagi tujuan surat itu dihantar. Aku terkaku.

Ibu aku sedar akan perubahan pada diri aku. Aku hanya menatap surat tersebut tanpa bersuara. Ibu aku hanya menggelengkan kepalanya. Dia pernah berpesan kepada anaknya, “Jangan berharap sangat, nanti bila berharap sangat dan jatuh, kita akan susah untuk bangun semula.  Setelah berusaha, kita patut bertawakkal kepada-Nya.” Dia yakin dengan nasihat yang datang dari pengalamannya sendiri.

Dia datang menghampiri anaknya. Dia terkejut smbil membuntangkan matanya. Anaknya sedang menangis tanpa bersuara. Hati dia umpama pinggan yang retak melihat anaknya begitu. Dia terasa sebak dan matanya mula bergenang dengan air mata. Dia kembali menenangkan dirinya kerana tidak mahu bersalah sangka.

Dia menghampiri anaknya. “Kenapakah Along?” tegur ibu aku. Aku tersedar dari lamunan. Aku terkejut bahawa bajuku basah dek air mataku. Aku kesat air mata aku sehingga kering. Aku senyum kepada ibu bagi mengelaknya bersalah sangka. Aku bacakan surat untuk ibu aku kerana ibu aku buta huruf.

“Tahniah atas Kemenangan Anda. Tempat Pertama.” Mendengar aku membaca surat tersebut, ibunya ketawa sambil memeluk aku. Ternyata dirinya tersalah sangka. Justeru itu, air matanya tetap mengalir, tetapi disebabkan kegembiraan yang amat. Sudah lama dia tidak mendengar atau melihat cahaya harapan dan kegembiraan di dalam keluarga ini, setelah apa yang menimpa keluarganya hanyalah hampa.

Semenjak menerima surat tersebut, pelbagai benda aku ingin buat dengan wang tersebut. Pada mulanya aku ingin bagi semuanya kepada penjaga setia aku, ibu dan bapa aku. Mereka menolak dengan lembut. Kata mereka, simpanlah untuk sambung belajar nanti.

Aku berfikir sejenak dan memberi cadangan. Aku ingin bahagikan duit tersebut kepada tiga. Satu untuk perlaburan di bank, sekurang-kurangnya akan ada wang tambahan pada masa hadapan. Satu lagi untuk perbelanjaan buku dan yuran sekolah. Yang terakhir adalah modal untuk ibu dan bapaku berniaga ke tahap yang baru. Mereka terkejut dengan cadanganku yang jarang sekali keluar dari mulut kanak-kanak seumur denganku. Aku terangkan bahawa aku tahu dari membaca sambil senyum.

Seminggu kemudian, aku dan keluarga aku menghadiri majlis penyampaian hadiah di tempat dan pada tarikh yang terkandung di dalam surat tersebut. Aku lihat di sekeliling dan aku terasa sedikit malu. Aku hanya berbaju melayu sepasang yang dibeli oleh ayahku tiga tahun lepas. Dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengan aku, taraf aku ternyata jauh ke bawah dari mereka. Aku tenangkan diriku semula. “Peduli apa aku. Aku yang menang.” fikirku dengan bangga. Kami mencari tempat duduk kami dan tunggu sehingga ke sesi penyampaian hadiah.

“Pemenang pertama… Abdullah Bin Abdullah!” Aku sedikit terkejut apabila nama aku disebut, walaupun aku sendiri telah pun menyangkanya. Aku bangun dan jalan dengan sopan seperti mana yang telah aku bayangkan sebelum ini. Aku menerima cek yang lebih besar dari tubuh badan aku dari penganjur dengan ucapan tahniah dan kemudiannya berdiri di sebelah pemenang kedua dan ketiga. Tersenyum aku dengan lebarnya ketika sesi pengambaran.

Setelah selesai, ibu bapa pemenang termasuk ibu dan bapa aku naik ke pentas untuk meraikan pemenang-pemenang. Aku terasa seakan dalam mimpi. Aku gembira atas apa yang berlaku ke atas aku pada hari ini. “Terima kasih Allah…” Kami mula berkenalan dengan keluarga pemenang-pemenang yang lain. Kami dicurahkan dengan ucapan tahniah dari mereka.

Namun begitu, perasan bahawa individu yang aku kira sebagai ibu kepada pemenang kedua menarik muka terhadap aku. Aku hairan dengan tingkah laku abnormalnya. Semaikn didengarnya ucapan tahniah dihujankan ke atas aku, semakin kelas mukanya, dan di saat di tidak tertahan lagi dengan perasaannya yang terbuak-buak gamaknya, dia terus luahkan apa yang terseirat di sebalik emosi negatifnya.

“Agak dia tipu…! Agaknya ibu dan bapanya yang buatkan krangan itu… ” katanya dengan separa teriak, tetapi cukup untuk semua yang berada dipentas mendengarnya. Merah pendam muka aku mendengarfitnahnya, bukan kerana malu, tetapi memandangkan usaha keras aku tidak dihargai. Aku memandang tajam ke arah perempuan itu. Setelah sedar pandangan tajam aku, dia sedar dia telah membuat satu kesilapan, tetapi masih akur pada ego busuknya untuk terus memaling mula tanpa menghiraukan aku.

Ramai yang berubah perangai selepas mendengar tohmahan itu. Ada yang membuat tidak dengar. Ada yang berbisik sesama sendiri. Ada yang memandang perempuan itu dan menggeleng kepala mereka. Ada juga yang memandang aku dan menggelengkan kepala. Ibu aku menepuk belakang aku sambil menyarankan diri aku supaya bersabar.

Aku memandang ke arah lelaki yang aku sangka suami perempuan tersebut. Mukanya kelihatan amat marah dan menjeling tajam isterinya. Dia berbisik kepada isterinya. Isterinya terus bermasam muka. Ketika dia toleh ke arah aku, aku senyum sinis kepadanya untuk menunjukkan bahawa diri aku masih menang. Dia bertambah marah dan terus mempercepatkan langkahnya turun dari pentas bersama suami dan anaknya. Suaminya memandang ke arah ku sambil tunduk sedikit dan mengucap maaf. Aku ketahui dari gerak bibirnya. Aku membalas tundukannya sambil senyum.

Aku masih membara marahnya kepada perempuan berhati busuk itu. Alangkah baiknya kalau dia sendiri yang meminta maaf kepada aku. Kini aku dan suasana di sekelilinga dari sudut pandangan aku kian semakin hambar. Aku terluka oleh hatinya yang busuk.

 

One Response to “Aku Terluka oleh Hati Busuk”

  1. sapian Says:

    gyla tacing…. hhhihihihih… bagus cerpen nih.. adakah ia terbabit dgn kisah silam?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s