Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Sarang Serigala Dayus February 2, 2009

Filed under: Kehidupan & Kisahnya — ahmadturmizi @ 23:30

“WELCOME TO HELL…!” Itu apa yang dilihat olehnya pada papan tanda asrama. Tulisan yang menakutkan dan dilumuri lendir-lendir yang tidak mahu diketahui asal-usulnya.welcome-to-hell1

“Tidak…!” teriak Ahmad di dalam hatinya. Dia berdiri kaku di hadapan pintu masuk asram sekolah menengahnya. Antara semua tempat yang ada, tempat inilah tempat terakhir yang mahu diperginya. Di dalamnya ternanti serigala-serigala kejam dan lapar yang tidak sabar meratah kenaifannya.

Setiap kali dia balik ke rumah, setiap masa dia berharap dan setiap masa dia berdoa agar sesuatu akan berlaku supaya dia tidak perlu atau tidak dapat dihantar ke asrama semula. Dia berharap kereta ayahnya rosak, atau dia dijangkiti penyakit yang tenat tapi boleh pulih sebentar, atau biliknya terbakar bersama pakaian baju sekolahnya, atau dia diserang binatang ganjil sehingga luka parah. Apa sahaja…

Ahmad tahu. Selangkah sahaja dia masuk ke dalam neraka dunia ini, dia mungkin tidak akan keluar lagi dengan selamatnya. Dia baru sahaja keluar dari hospital kerana pendarahan dalaman yang di alaminya di bahagian abdomen. Dia melaporkan kepada hospital bahawa dia telah jatuh dari tangga, namun, hanya dia dan senior-senior yang menjelekkan sahaja yang tahu.

Ahmad terkenal dengan badannya yang besar dan tegah, serta wajahnya yang comel. Dia amatlah terkenal di kalangan gadis-gadis di sekolahnya, di mana factor ini juga menyebabkan senior-senior lelaki di asramanya cukup tidak menyenangi kewujudannya. Serigala-serigala ini hanya sekumpulan penakut yang hanya mengambil kesempatan di atas kesenioran dan jumah mereka yang ramai untuk mewujudkan rasa takut pada setiap para pelajar muda terhadap mereka. Ada juga insan-insan yang baik hati di kalangan serigala-seigala itu, namun jumlah mereka hampir mencapai tahap kepupusan.

Tiada siapa yang berani untuk membongkar jenayah-jenayah yang dilakukan serigala-serigala tersebut. Ketakutan pada akibat yang masih tidak jelas tertanam di setiap para pelajar di sekolah itu, termasuklah Ahmad. Pelbagai alasan yang diberikan Ahmad kepada ibubapanya untuk menukar ke sekolah lain atau sekurang-kurangnya membenarkannya duduk di luar sekolah dan bukannya di asrama itu.

Ketika dia mula masuk ke dalam asrama, firasatnya memberitahu bahawa akan berlaku satu bala ke atasnya setelah dia melihat bagaimana dia dan rakan-rakannya dilayan oleh makhluk-makhluk yang terkutuk itu. Firasatnya ternyata benar. Setiap malam mereka akan memanggil kami ke sebuah bilik yang gelap dan mula memaki-hamun kami secara berkumpulan di atas kesalahan-kesalahan yang dibuat-buat oleh mereka. Yang tidak disenangi mereka akan menjadi mangsa belasahan mereka.

Ahmad sedaya-upaya berlakon berdasarkan skrip yang ditetapkan oleh mereka. Dia tidak mahu dibelasah atau terlibat dengan apa-apa masalah dengan mereka. Cukuplah sekadar dia memerap rasa benci kepada mereka dan perbuatan mereka. Biarlah dia dilabel dengan label budak baik, asalkan dia selamat dari rahang serigala-serigala tersebut.

Ternyata rancangannya gagal. Fizikal yang dikurniakan oleh Allah kepadanya telah menjadi faktor dia mula tidak disenangi mereka. Khabar angin mengenai dia mula terkenal dan diminati ramai gadis membakar lagi api amarah sia-sia mereka. Kisah seterusnya dicatit olehnya di dalam diarinya. Dia tekad untuk memberi log ini kepada Warden Asrama sekiranya berlaku apa-apa yang buruk ke atasnya.

“Pada malam itu, aku dibelasah dengan teruknya oleh mereka.hanya atas alasan bahawa aku lambat ke surau. Aku tahu itu hanyalah alasan yang dibuat-buat kerana akulah di antara yang terawal. Pada awalnya aku membantah. Tapi setelah aku dilempang secara berturut-turut kerana memberontah, aku tahu bahawa logic tidak lagi berguna untuk makhluk-makhluk yang tidak berakhlak itu.

Aku dibelasah sehingga aku hampir pitam. Tapi aku tidak merayu. Aku hanya memendam rasa amarahku. Aku tekad bahawa satu hari nanti aku akan memulangkannya berganda kalinya. Setiap kali aku jatuh, aku akan bangun semula. Tubuhku yang tahan lasak dapat menerima pukulan penakut mereka. Tiada satu pun yang sakit.

Aku akan sampaikan bukti itu. Aku akan membuat mereka lebih merana, lebih dari apa yang telah mereka lakukan kepada aku. Aku akan koyakkan topeng syaitan mereka dan mendedahkan wajah penakut mereka. Pada malam itu, aku dihantar ke hospital oleh rakan-rakan aku setelah aku pitam.”

Tetapi, sekali lagi, apa yang berlaku tidak berdasarkan apa yang dirancang olehnya. Mereka dengan dayusnya mengugutnya bahawa mereka akan cederakan adik perempuannya yang baru sahaja masuk sebagai pelajar baru tingkatan satu. Dia terpaksa akur. Dia terpaksa mendiamkan diri.

Ahmad dengan longlainya melangkah masuk ke dalam kawasan penjara dunia itu. Dia sedar ada beberapa pasang mata memandang rendah kepadanya. Dia hiraukan sahaja. Ada yang mencuit kepadanya dan kemudian tergelak terbahak-bahak. Dia cuba sabarkan dirinya untuk tidak melakukan apa-apa yang sia-sia.

“Penakut…!”, tiba-tiba suara nyaring berkata begitu. Dia terhenti melangkah. Dia membuntangkan matanua tapi masih memandang ke bawah. Kedengaran gelakan bersama dari sumber suara tersebut. Setelah dia tenang, dia kembali melangkah.

“Hahahaha…! Penakut…!” Mereka makin galak mengejeknya. Amarahnya sudah mencapai batasnya. Sekali lagi, dia akan meletup.

“Woi…! Ayam…!” Dia memandamkan matanya sambil memberhentikan langkahnya. Menarik nafas sedalam mungkin. Terasa semua darah di badannya bergerak laju kea rah kepalanya. Dia menggenggamkan tangannya dan mengetap giginya. Mukanya merah pendam. Dia tidak lagi boleh sabar. Tiada siapa yang boleh menghalangnya.

“Woi…! Babi…! Engkaulah penakut…! Berlagak tapi kosong…!” jeritnya. Keadaan menjadi diam. Ahmad mula sedar. Dia telah membuat satu kesalahan besar. Semua senior-senior yang dengar turun beramai-ramai. Wajah mereka bengis, merah pendam. Seolah-olah mereka mahu membahamnya. Ahmad mula takut. Perkara pertama difikirkannya ialah lari. Destinasinya ialah bilik Warden. Dia mula lari sedaya-upayanya tanpa dia melihat ke belakang.

Menyedari arah destinasi Ahmad, mereka pun mula lari sambil meneriak, mengarah Ahmad berhenti. Mereka semakin marah. Kakinya semakin lenguh, tetapi dia mesti teruskan. Dia tidak lagi mahu menjadi ‘punch bag’ mereka. Dia kini yakin, Warden Asrama adalah destinasi yang betul dan keputusannya juga betul. Dia mula yakin bahawa serigala-serigala pengecut ini tidak mungkin berani menyentuh adiknya.

Setibanya dia di pintu bilik Warden Asrama, dia mengetuk sekuat dan secepat mungkin sambil menoleh ke arah kumpulan yang memburunya. Mereka umpama sekumpulan serigala nyata yang lapar, memandang ke arahnya dengan tajam. Takutnya mula memuncak. Air matanya mula mengalir deras. Dia hanya berharap Wardennya ada di dalam biliknya. Dia berharap agar Allah mendengar tangisannya.

serigala-dayus“Kejap…!”, kedengaran suara dari dalam bilik itu. Warden Asrama tersebut bersuara. Dia baru sahaja keluar dari tandas. “Haaa…!”, dia mengeluh kuat. “Tak boleh tengok orang senang…!”, dia mengomel sendirian. Dia penat dengan asrama sekolah itu. Selepas selesai satu masalah, datu lagi masalah lain. Dia fikir kerja sebagai Warden sepatutnya menenangkan. Namun pengalamannya ternyata berbeza. Dia dah bosan.

Ketukan itu berterusan walaupun dia minta pengetuk itu menunggunya. Pada asalnya dia rasa sangat menyampah, tetapi selepas difikirkan semula, dia mula merasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia mula mempercepatkan langkahnya. Dia fikir pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Pintu terbuka dan terserlahlah cahaya harapan yang tertunai. Di sebalik cahaya itu, muncul susuk badan yang cukup dikenalinya. Wajah Warden kelihatan. Doa Ahmad termakbul. “Kenapa ni…?”, Tanya Warden tersebut kepada Ahmad dengan wajahnya yang risau. Dia melihat wajah separa gembira dan separa takut yang jelas terpancar di wajah Ahmad. Wajahnya kelihatan basah. Peluh dan air matanya bercampur baur. Matanya masih berkenang dengan air mata yang deras mengalir.

Ahmad tidak terkata apa-apa. Gembiranya tidak terkata. Takutnya juga tidak dapat tergambar dengan ucapan. Harapannya di hadapannya dan neraka dunia yang penuh dengan serigala lapar berada di belakangnya. Dia kini hanya pasrah. Dia berserah kepada-Nya berkenaan tentang apa yang akan berlaku selepas ini. Tugasnya kini tamat. Dia hanya kelihatan sedang mengesat matanya sambil menunjuk ke arah senior-seniornya.

Sekawan serigala terhenti langkahnya setelah mereka terlihat wajah Warden mereka. Mereka pucat seolah-olah mereka terlihat kelibat jembalang. Ada di antara mereka yang cepat menyembunyikan muka mereka kerana takut dikecam. Ada yang mula lari semula ke sarang mereka. Apa sahaja tindakan mereka, yang pasti mereka tahu, hakikat masa hadapan dan masa lepas mereka bukanlah sesuatu yang menggembirakan.

Ahmad menceritakan segalanya kepada Warden tersebut. Kedengaran Ahmad tersedak dan tersedu ketika dia sedang terus bercerita. Tidak berhenti dia berucap seolah-olah tiada esok harinya. Warden tersebut patuh mendengarnya. Dia perlu faham keadaannya.

Dia terkejut mendengar kisah Ahmad. Tidak tersangka olehnya semua itu berlaku di bawah hidungnya. Kesal terasa olehnya akibat dari kelalaian dari pihaknya menyebabkan perkara ini berlaku. Ahmad tidak salahkannya. Dia tahu mangsa lain juga tidak salahkan Warden mereka. Pada hakikatnya, mereka yang penakut sepatutnya dipersalahkan.

Setelah selesai dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya, dia serahkan catitannya yang di dalamnya tersenarai nama binatang-binatang itu. Warden tersebut menerima buku tersebut dengan kemas dan kemudian menggenggamnya dengan kuat. Dia tekad untuk merubah segalanya…!

Beberapa hari kemudian, asrama tersebut kini bebas dari genggaman penakut-penakut tersebut. Mereka telah pun dibuang dari sekolah itu. Ahmad telah bongkarkan semua aktiviti haram mereka. Selepas itu, seorang demi seorang memberi pengakuan mereka dengan perjanjian bahawa mereka akan dilindungi dari mereka. Ahmad kini hero sekolahnya.

 

2 Responses to “Sarang Serigala Dayus”

  1. orangs Says:

    ko kene tambah side/special efek sikit kat part die menangis depan warden tu. ko kene mention die time tu speechless kerene esakan air matanya yang berjujuran ranpa henti kerana takut yang amat.

    lagi satu ko kene masukkan satu part yg citer pasal bile bapak die nak hantar die ke asaram lepas abis cuti minggu, die sentiase berdoa supaye kete bapak die rosak, supaye bapak die tak jadi hantar.

  2. jamal Says:

    ahmadturmizi,..

    awak ada bakat.. suara bagus.. pakaian okey.. byk guna props.. lebih baik dari minggu lepas! tahniah!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s