Hikayat Manusia

Kisah-kisah yang tergambar dengan cara tersendiri

Taubat 3 Banduan Jahil February 1, 2009

Filed under: Kehidupan & Kisahnya — ahmadturmizi @ 17:30

Pada suatu hari, di sebuah penjara, di antara banduan-banduan yang ada, ada tiga banduan yang mempunyai pertalian adik beradik, iaitu Adul, Abu dan Atan. Mereka terkenal dengan sejarah mereka sebagai penjenayah yang rakus dan kejam. Tidak terkira banyaknya perbuatan jahat yang telah mereka lakukan. Telah banyak kali mereka mengubah identiti mereka semata-mata untuk membuat jenayah kesukaan mereka. Namakan apa sahaja jenayah, pasti mereka sudah pun melakukannya.

Namun begitu, tiada siapa yang tahu mengapa mereka di penjara, meski pun berita mengenai mereka terlepas dari penjara sudah pun mula basi dan membosankan. Tiada siapa yang dapat mengagak apakah niat sebenar tiga adik beradik ini. Lagi pun mereka telah ditahan dengan identiti mereka yang baru atas kesalahan yang hanya dihukum selama 10 tahun penjara. Semua yang tahu mengenai mereka tahu bahawa hukuman ini jauh dari mencukupi untuk menghukum kesalahan-kesalahan mereka yang lepas.

Ada di antara mereka yang pernah bersemuka dengan adik-beradik tersebut dan ternyata mereka juga sedar akan perubahan positif mereka. Mereka tidak lagi agresif dan nakal. Mereka tidak lagi membuli penghuni lain. Malah, mereka juga mendengar apa yang tidak pernah disebut oleh mereka seperti terima kasih, minta maaf dan minta tolong.

“Mungkinkah mereka sudah bertaubat.”, kata salah seorang daripada penghuni penjara tersebut. Mendengar idea itu, pendengar-pendengar lain ketawa terbahak-bahak.

“Mustahil..! Mustahil..!”, kata salah seorang dari pendengar-pendengar tersebut.

Walaupun begitu, memanglah benar apa yang dikatakan olehnya. Tiga adik-beradik itu sudah pun bertaubat. Bagaimana dan menagapa mereka bertaubat, hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya ketua warden penjara tersebut yang tahu bahawa mereka telah pun berubah menjadi baik. Dia tidak mahu tahu bagaimana mereka boleh berubah, mengetahui mereka telah pun berubah menjadi baik sudah pun menggembirakannya. “Moga tuhan kekalkan mereka begitu dan menjadikan mereka lebih baik.” doanya.

Mereka hanya mengasingkan diri dari penghuni penjara yang lain. Mereka hanya mendiamkan diri tanpa bergaul dengan yang lain. Tiada siapa yang tahu apa yang mereka fikirkan dan apa yang mereka buat. Mereka telah berkelakuan baik selama mana mereka telah berada di dalam penjara tersebut. Keadaan ini telah membuatkan pihak berkuasa untuk mengurangkan jumlah tahun penjara dari 10 tahun kepada 5 tahun.

Pada pagi hari mereka dilepaskan, 3 adik-beradik dengan jelas menunjukkan rasa gembira. Mereka banyak berbincang tentang apa yang mereka ingin buat selepas keluar dari penjara.

“Aku mahu bekerja di rumah kebajikan dengan percuma.”, kata Abu, adik yang kedua.

“Aku mahu menyertai Tabligh.”, balas Atan, adik yang bongsu dengan terujanya.

“Aku mahu berkhidmat di masjid.”, kata Adul, adik sulung dengan nada yang perlahan seolah-olah malu kerana dia mula perasan bahawa orang-orang di sekelilingnya memandang mereka akibat dari keterujaan mereka.

“Kamu semua nak balik ke mana?” Secara tiba-tiba, ada satu suara yang garau dan amat dikenali oleh 3 adik-beradik tersebut. Mereka menoleh ke arah suara tersebut.

“Ketua Warden…!”, kata mereka dengan nada terkejut. Ketua Warden, seorang Singh amat terkenal dengan ketegasannya terhadap penghuni penjara. Disiplin adalah kata kegemarannya. Penghuni yang nakal amat takutkan panas barannya. Emosinya adalah tiang keamanan bagi penjara tersebut. Dia mempunyai mata yang tajam dalam mengenal pasti siapa yang sudah berubah menjadi baik dan siapa yang masih tidak berubah. Yang pastinya, Ketua Warden yakin bahawa 3 adik-beradik ini telah pun berubah menjadi baik.

“Uncle, terima kasih kerana menjaga kami.”, kata Abu dengan sopannya. Dia amat menhormat Uncle John, nama timangan bagi Ketua Warden. Semua penghuni tahu bahawa walaupun dia seorang yang tegas, tetapi dia lembut kepada mereka yang tekad untuk berubah. Uncle John percaya kepada peluang kedua.

Uncle John tersenyum mendengar kata-kata Abu. “Kamu nak pergi ke mana?” jawabnya tanpa menjawab kata-kata Abu. 3 adik beradik tersebut hanya tersenyum. Mereka faham kerana Uncle John tidak terlalu suka menunjukkan emosinya.

“Kami mahu pulang ke kampung kami dulu. Ada hal yang perlu kami selesaikan.”, jawab Atan.

“Oooh.. Kampung kamu… Dekat sahaja dari sini. Lebih kurang 1 jam sahaja kan?” balas Uncle John.

“Ha’ah…”, jawab Abu. Yang lain turun mengangguk tanda setuju.

“Hurm… Saya cuti hari ini dan tidak ada apa-apa aktiviti. Apa kata kalau saya hantarkan kamu semua?”, kata Uncle John sambil tersenyum.

Pada asalnya mereka memberitahu bahawa mereka menolak kerana mereka agak segan dengan Uncle John. Namun begitu, dia tetap dengan desaknya menawarkannya. Disebabkan oleh itu, mereka pun setuju untuk menerima pelawaannya. Lagi pun mereka tahu kenderaan untuk ke kampung mereka hanya akan datang sekali sehari sahaja ke penjara itu dan waktu tersebut telah pun terlepas, iaitu pada awal pagi tadi. Mereka merasa sedikit lega kerana salah satu masalah mereka telah pun selesai.

Setelah beberapa ketika, mereka pun bertolak dengan van usang kepunyaan Uncle John. Mereka berborak sesama sendiri tentang banyak perkara, khususnya mengenai memulakan kehidupan yang baru.

“Eh…!”. Tiba-tiba Adul berkata dengn nada terkejut. Katanya membuatkan yang lain turun sama terkejut. Mereka terdiam menantikan kata Adul seterusnya. “Boleh tak kita singgah ke mana-mana surau atau masjid?” katanya lagi.

“Boleh… No problem.”, balas Uncle John tanpa soalkan tujuannya. “Mungkin dia mahu ke tandas”, fikirnya.

Setibanya mereka di sebuah surau, Abu pun tanya kepada Adul berkenaan dengan tujuannya ke surau. “Nak buat apa lagi…? Solat Asar la…”, jawab Adul dengan selambanya.

“Oooh…”, jawab Abu dan Atan dengan serentak. Tetapi Uncle John menunjukkan wajahnya yang kuat berkerut sambil membuntangkan matanya, seolah-olah dia sedang terkejut besar. Kemudian dia melihat jam tangannya untuk melihat waktu.

“Apa…?!”, jerit Uncle John. 3 adik-beradik tersebut terkejut. Mereka menoleh ke arah Uncle John. Mereka terkejut dan melangkah dengan lajunya ke belakang kerana takutkan wajah bengisnya.

“Ke… Kena… Kenapa Uncle John?”, tanya Adul sambil cuba memberanikan dirinya.

“Apa…?!”, jeritnya lagi. “Mangkuk kepala kau…!”, katanya dengan nada yang lebih nyaring dan garau. Mereka terkejut.

“Kenapa…? Kami mahu solat sahaja…”, kata Abu. Mendengar katanya itu, Uncle John membeliakkan matanya sambil mengetap bibirnya. Dia semakin marah.

“Solat Asar apa?!”, katanya dengan nada yang tinggi. “Sekarang baru pukul 12 tengahari la…! Waktu Zohor pun tak lepas lagi…!”

Mendengar katanya, muka Adul bertukar warnanya kepada merah. Di malu. Dia sedar bahawa selama ini dia tidak pernah solat, apatah lagi nak tahu mengenai jenis dan waktu solatnya. Dia bertambah malu apabila dia mula sedar bahawa Uncle John, seorang Singh lebih arif mengenai solat berbanding dengannya yang lahir sebagai seorang Islam.

Abu dan Atan tidak bersuara. Pada hakikatnya, mereka juga turut malu kerana menuruti abang mereka. Mereka pun masuk semula ke dalam van tersebut dan meneruskan perjalanan. Mereka terus sahaja diam tanpa berkata apa-apa.

“Okeh…” Tiba-tiba Uncle John bersuara. “Waktu Zohor sudah mula masuk…”, katanya lagi dengan lembut. Dia merasa serba salah kerana terlalu keras kepada mereka tadi. Dia tahu bahawa niat mereka baik, cuma caranya sahaja yang salah. “Kita sudah sampai ke masjid. Kamu semua pergi dulu solat, saya akan tunggu di sini.” 3 adik-beradik ini hanya mengangguk sahaja. Mereka tidak berkata apa-apa kerana takut untuk mengalami apa yang mereka baru sahaja alami.

Setelah masuk ke dalam masjid, mereka melepaskan nafas lega kerana baru sahaja dapat terlepas dari suasana tegang bersama Uncle John. Abu pergi ke jadual waktu solat di papan kenyataan masjid. “Waktu Zohor dah masuk.”, bisiknya. Tetapi dia hairan kerana tiada siapa yang ada di masjid itu. Tiada siapa kelihatan untuk melaungkan azan. “”Baik aku mula Azan.”, fikirnya

Dia pun pergi ke alat pembesar suara yang sudah tersedia untuk digunakan. Dia menekan butang hidup dan mula mengetuk mikrofon untuk menguji alat tersebut. Bunyi ketuk tersebut kedengaran pada pembesar suara yang terpasang di masjid tersebut. Dia pun menarik nafas untuk mencari kekuatan dan keberanian untuk Azan.

Seorang Muazzin tua yang bertugas sudah pun bergerak dari rumahnya dengan menaik basikal Dia tahu bahawa dia sudah pun terlewat untuk melaungkan Azan. Dia mula mengayuh dengan seluruh kudratnya. Tetapi, apa bila dia mendengar bunyi ketuk dan nafas dari masjid tersebut, dia merasa lega kerana ada insan yang sudi untuk bertugas deminya.

“Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…!” kedengaran bunyi tersebut dengan kuatnya. Muazzin tersebut terkejut sehingga dia terjatuh dari basikal dan masuk ke dalam lumpur. Habis muka dan jubah putihnya dilumuri lumpur. Dengan meninggalkan basikalnya, dia pun lari selaju mungkin.

3-banduan

“Berhenti…!” jerit Muazzin tersebut setibanya di pintu masjid tersebut. 3 adik-beradik tersebut terkejut. Abu terus berhenti dari terus melaungkan Azannya. Muazzin tanpa menghiraukan lumpur pada badannya terus meluru ke alat pembesar suara dan mematikannya.

“Kau ni gila ke…!” maki Muazzin tersebut. Kemudian dia memejamkan mata dan menarik nafas yang dalam. Dia cuba menenangkan dirinya. Dia tahu, niat Abu baik, cuma caranya salah. Tanpa menghiraukan reaksi Abu serta lumpur pada badannya, dia hidupkan semula alat tersebut dan mula Azan.

“Allahu Akbar… Allahu Akbar…!” Ketika itu, barulah Abu sedar betapa telah dia lakukan satu kesilapan yang besar dan memalukan. Mukanya pendam merah. Atan hanya tergelak kecil. Abu masih dia kerana dia masih malu akibat kejadian sebelum ini.

Semasa Azan dilaungkan, jemaah masjid lain mula tiba Imam bertugas masuk dengan muka berseri kerana sudah lama dia tidak melihat orang muda datang ke masjid untuk solat bersama. Dia bercadang untuk menawar kepada mereka menjadi imam bagi jemaah solat Zohor. Selesai sahaja Azan, Muazzin memandang tajam ke arah Abu dan terus Iqamah. Abu tertunduk malu dan terus masuk ke dalam barisan saf. Begitu juga Atan dan Adul.

“Bolehkan salah seorang dari anak-anak menjadi Imam?” Tiba-tiba Imam bertugas bersuara. Abu dan Adul hanya mendiamkan diri. Atan pula tersenyum sambil memandang ke arah Imam tersebut, mengharap dia dipilih. Imam tersebut faham dan mula menjemput Atan menjadi Imam.

Sebelum mula, dia memandang ke arah Abu dan Adul. Mereka bertentang mata. Atan menunjukkan muka kemenangannya. Abu dan Adul makin menundukkan kepalanya. Mereka tahu, mereka telah tewas sebelum mula. Mereka tahu, Atan telah menang. Apakah pertandingan di antara 3 adik-beradik ini, hanya Allah sahaja yang tahu.

Atan pun memulakan peranannya. “Allahu Akhbar…” kata Atan sambil mengangkat takbir. Kemudian dia mendiamkan diri. Setelah 5 minit dia masih mendiamkan diri tanpa bergerak. Abu dan Adul mula bergoyang kerana kaki mereka mula lenguh akibat tidak biasa solat dan berdiri dengan lama. Setelah 10 minit, Atan masih tidak berbuat apa-apa selain berdiri.

“Hebat…! Mesti panjang surah yang dibaca…” fikir Imam tersebut. Pada hakikatnya, kaki tuanya juga mula lenguh. Jauh dari sudut harinya berkata supaya Atan mempercepatkan lagi solatnya. Imam tersebut hanya memandang tajam ke arah kepala Atan dengan harapan niat hatinya tersampai.

Tiba-tiba Atan menoleh ke arah Imam tersebut. Imam tersebut terkejut. Mereka bertentang mata. Atan tersenyum seolah-olah dia tidak membuat apa-apa kesalahan. “Lepas ni buat apa?” katanya dengan selamba. Imam tersebut terus menepuk dahi dan melangkah ke belakang yang mana solatnya terus terbatal akibat 3 gerakan besar yang dilakukannya.

Rupanya bukanlah dia seorang sahaja. Jemaah lain juga terbatal solat mereka akibat 3 gerakan besar mereka yang tersendiri. Melihat keadaan ini, Atan mula sedar bahawa dia telah membuat kesilapan yang besar. Mukanya mula merah pendam Dia pun berlari-lari anak dan bersembunyi di belakang kedua abangnya. Dia merasa amat malu.

Imam tersebut menggelengkan kepalanya. Dia cuba menenangkan dirinya sambil meyakinkan dirinya bahawa Atan berniat baik, tetapi cuma caranya salah. Dia pun terus ke hadapan dan mengimamkan semula jemaah tersebut. Jemaah lain tidak berkata apa-apa dan menuruti Imam tersebut. Mereka tahu, jika mereka terus memberi reaksi dan menegur Atan, ini hanya akan memalukannya lagi.

Setelah selesai solat dan berzikir, Imam tersebut menoleh ke arah 3 adik-beradik tersebut. Mereka terkejut Mereka takut dimarahi. Mereka hanya terus menundukkan diri dan sedia menerima apa-apa yang akan berlaku. Imam tersebut hanya tersenyum melihat telatah mereka.

“Anak… Baca doa…”, katanya dengan bahasa yang mudah. 3 adik beradik tersebut faham apa yang cuba disampaikan oleh Imam tersebut. Dia menawarkan kepada mereka satu lagi peluang dalam bentuk yang lain. Abu dan Atan masih tertunduk malu. Mereka masih tidak dapat menerima hakikat yang mereka alami tadi. Tetapi tidak Adul.

“Al-Fatihah…”, katanya sebagai tanda dia menerima tawaran tersebut. Malunya telah hilang dek pengalaman yang dialaminya berkenaan Atan dan Abu. Dia mahu menunjukkan bahawa dia adalah paling hebat. Dia mahu tunjuk betapa dia seorang anak sulung yang sepatutnya terhebat. Dia mula membaca doa.

Setelah 10 minit, doanya masih belum habis. Selepas 30 minit, Adul masih belum berhenti. 2 jam telah berlalu, dia masih membaca doa. Imam tersebut terus mengkaguminya, walaupun dia tidak tahu isi kandungan doa tersebut. Selepas 3 jam, barulah terdengar, “”Amin Ya Rabbal ‘Alamin…” Jemaah melepaskan nafas lega setelah tahu doa tersebut telah habis dibaca, ada di antara mereka berpeluh.

“Wah…! Bagusnya… Panjang sungguh doa yang anak baca…” Puji Imam tersebut, dengan niat untuk memulakan perbualan. Bangga Adul rasanya. Dia menjeling ke arah adik-adiknya dengan megahnya. Adik-adiknya terpaksa akur, abang mereka telah menang. Dia memandang semula ke arah Imam tersebut.

“Itu baru sikit sahaja Tok Imam…” balasnya. Imam tersebut bertambah kagum serta jelik dengan sikap bongkak Adul. Dia menantikan kata-kata seterusnya dari Adul. “Itu baru sikit…”, ulangnnya. “Itu belum lagi kalau saya ada wudu’…” =p

 

2 Responses to “Taubat 3 Banduan Jahil”

  1. Mr O Says:

    sejahil2 aku, jahil lagi mereka bertiga ini!!!

  2. jamal Says:

    owh..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s