Ketidakwarasan padaku,
Membuat bayangmu selalu ada,
Mententeramkan malamku,
Mendamaikan tidurku.
Ketidakwarasan padaku,
Membuat tidurku lebih tenang,
Aku tak akan sedari,
Bahawa kau tak lagi di sini.
Aku mulai nyaman,
Berbicara pada dinding kamar,
Aku tak skan tenang,
Saat sihatku datang.
Ketidakwarasan padaku,
Selimut tebal hati rapuhku,
Berkah atau kutukan,
Namamu yang kusebut.
Advertisement

KOMENTAR TERKINI