“Daun Tembakau” + “Racun Parasit” = “Rokok”

Aku mendapat kisah benar ini dari seorang kenalan yang namanya terpaksa dirahsiakan demi keselamatan diri dan keluarganya. Katanya, dia pernah bekerja di sebuah syarikat yang menguruskan gedung menyimpan barang. Dia bekerja di bahagian logistik.

Pernah beberapa kali syarikat itu menerima permintaan dari sebuah syarikat rokok yang terkenal untuk menerima dan menyimpan daun tembakau asli di gedung syarikat itu sehingga syarikat rokok itu mengambilnya pada jadual yang ditetapkan.

Pernah beberapa kali juga kenalan ini bersama pekerja-pekerja yang lain diarah untuk membuat satu tugas yang sukar dipercayai oleh mereka. Setiap kali bungkusan daun tembakau asli tiba di gedung, mereka diarahkan untuk membuka bungkusan-bungkusan tersebut menyembur racun parasit untuk membunuh parasit-parasit yang ada dan mungkin akan ada.

Yang lebih menghairankan ialah tiadanya arahan lanjutan untuk membasuh atau membersihkan semula daun-daun tersebut bagi membersihkan kesan racun tadi. Pengurus telah memberitahu mereka dengan senyuman sinis bahawa daun-daun itu akan TERUS diproses untuk dijadikan batang-batang rokok yang anda sedang hisap [bagi mereka yang menghisap rokok] tanpa melalui proses pembersihan.

Tahniah…! Anda sedang menghisap racun parasit.

Tiada ruangkah untuk bersangka baik di dunia ini?

Kisah ini adalah berdasarkan kisah benar yang telah berlaku Vista Angkasa, Bukit Kerinchi. Kisah ini juga mungkin pernah berlaku di mana-mana dan anda mungkin antara mangsanya. Kisah ini berkenaan seorang lelaki yang ingin berbuat baik dan ingin terus berbaik sangka ke arah dunia dan isinya, tetapi telah dikhianati.

Ahmad sedang berbual dengan kekasihnya di tepi bangunan apartmen. Mereka baru sahaja menikmati minum petang yang tenang di bangunan yang sama. Tiba muncul seorang gadis, di dalam lingkungan umur di antara 16-20, seolah-olah sedang mencari sesuatu atau seseorang, lalu di hadapan mereka.

Ahmad sedar akan kelakuan gadis itu dan terus memerhati. Sekilas sahaja pandangan mereka bertentangan, dia terus bertanya, “Abang, tunpang tanya. Ada nampak tak budak perempuan yang lalu di sini. Dia pakai baju putih.”

Ahmad dan kekasihnya saling berpandangan. Kekasihnya menggelengkan kepala menunjukkan penafian. Ahmad terus memberitahu bahawa dia tidak nampak kelibat budak perempuan yang dijelaskan olehnya. Gadis itu menunjukkan muka kecewa dan justru terus berkata, “Err. Abang, menganggu ke? Nak minta tolong boleh?”.

Ahmad terus berpaling sepenuhnya ke arah gadis tersebut. Begitu juga kekasihnya. Ahmad menunjukkan muka ingin membantu dan memsang telinga untuk mendengar pemintaan gadis tersebut.

Gadis itu mulakan permintaannya dengan kisah malangnya. Katanya, dia sepatutnya tinggal di kawasan flat di seberang jalan yang bertentangan dengan dengan apartmen Vista Angkasa. Dia tinggal bersama neneknya. Tetapi, pada hari ini, tanpa pengetahuannya, semua orang di rumah itu keluar dari rumah selama 2 hari dan jirannya yang memegang kunci rumah telah ke mana hilangnya.

Selepas tamat penjelasannya, akhirnya meminta bantuan kewangan sebanyak RM10-00 untuk pulang ke rumah keluaganya di Bangsar yang tidak jauh dari sini. Ahmad, tanpa rasa curiga sedikit pun mengeluar sejumlah wang tersebut dan serahkan kepada gadis tesebut. Dia ingin menjadi seperti burung pipit cuba memadam api yang bakal membakar Nabi Ibrahim dengan beberapa titik air. “Yang penting niat”, bisiknya di hati.

Sedang dia menunggu lif untuk ke tingkat rumahnya, dia terdengar perbualan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, tetapi tidak dapat dipastikan di mana kedudukannya. Suara perempuan itu cukup dikenalinya. Kerana ingin tahu, dia pasang telinganya untuk mendengar.

Terkejut dirinya. Dia mendengar dialog yang cukup sama dikatakan kepadanya oleh gadis tadi. Dia rasa kecewa yang amat. Dia ingin bebuat baik dan terus bersangka baik, tetapi terus dikhianati dunia yang dipercayainya hanya selepas beberapa minit. Dia tertipu…!

Dia hubungi kekasihnya untuk memaklumkan perkara tersebut. Dia luahkan rasa kecewanya. Kekasihnya ada berkata bahawa situasi tadi sedikit mencurigakan dan menasihatnya agar berhati-hati pada waktu akan datang.

Ahmad terfikir. Apa yang berlaku kepada dunia ini sehingga gadis yang kelihatan belasan tahun mungkin telah terlibat dalam penipuan ini. Tiada ruangkah untuk bersangka baik dan membuat kebaikan lagi di dunia ini? Jika perkara ini berlaku sehingga manusia anggapnya biasa, akan pupuslah konsep bersangka baik. Tetapi dia yakin, dia tidak salah.

Sehingga kini, dia cuba terus tekadkan hatinya untuk terus menjadi dirinya, terus bersangka baik dan membuat kebaikan, tetapi dengan lebih berhati-hati.

‘Vampire’ & Bawang Putih

‘Vampire’? Apakah makluk ini? Wikipedia menginterpretasinya sebagai berikut:-

“Vampires are mythological or folkloric beings who subsist by feeding on the life essence (generally in the form of blood) of living creatures. Although typically described as undead, a vampire could be a living person.”

Di Malaysia, secara umumnya makhluk yang sebegitu rupa dipanggil pontianak. Namun imejnya bertentangan dengan apa yang digambarkan oleh masyarakat barat. Vampire seringkali digambarkan sebagai seorang lelaki dari golongan bangsawan dan berharta. Manakala Pontianak diihat sebagai seorang hantu perempuan. Ia diterangkan di dalam Wikipedia sebagai berikut:-

“Pontianak are women who died during childbirth and became undead, seeking revenge and terrorizing villages.”

Namun begitu, fokus artikle ini adalah menjurus ke arah kisah vampire dan senjata yang diketahui umum untuk menentangnya, iaitu bawang putih. Pelbagai kisah yang kita dengar mengenai vampire, serta mitos dan dramanya, sehingga tiada siapa yang dapat membenarkan kewujudannya.

Pada suatu masa dahulu, di kawasan perkampungan barat, ada seorang lelaki yang telah berkeluarga sangat percayakan kewujudan vampire dan sangat takutkan serangan makhluk itu terhadapnya. Dia ketahui pelbagai cara dan senjata untuk menhadapinya dan dia telah sediakan segalanya.

Taksubnya lelaki itu menghairankan orang ramai termasuk ahli keluarganya.Setiap malam, dia akan meletak bawang putih atas bibirnya. Katanya demi untuk mengelak dari makhluk itu menghisap darahnya. Isterinya mula meluat dengan kelakuan suaminya dan mula tidur bersama-sama anak-anaknya kerana tidak tertahankan bau bawang putih tersebut.

Secara tiba-tiba, pada suatu pagi, isterinya sedar bahawa suaminya belum lagi bangun dari tidur. Waktu biasa dia bangun telah pun lepas. Dia pun pergi mengejutkan suaminya. Dia terkejut apabila terasa jasad suaminya sejuk dan kelihatan wajahnya pucat. Ketika itu dia ketahui, dia telah pun meninggal dunia. Isterinya hairan berkenaan punca kematiaannya kerana dia kelihatan sentiasa sihat. Isterinya mula ragu dan percaya sedikit sebanyak mengenai serangan vampire terhadap suaminya.

Namun, apabila autopsi dijalankan, pakar bedah mayat menggariskan punca kematian lelaki itu adalah disebabkan tercekik bawang putih. Jadi, apa yang lebih menakutkan? Vampire yang mungkin tidak wujud atau bawang putih?

 

…atau lebih tepat lagi soalannya, “Apa yang lebih menakutkan? Vampire atau ketakutan itu sendiri?”